PUNCA UTAMA KEMATIAN RAKYAT MALAYSIA- PENYAKIT 3 SERANGKAI?
KENCING MANIS, TEKANAN DARAH TINGGI dan PENYAKIT JANTUNG merupakan 3 penyakit paling membunuh di Malaysia
Lebih menakutkan, ia saing berkait antara satu sama lain dan atas sebab itu juga ia disebut penyakit 3 serangkai.

PENYAKIT KENCING MANIS @ DIABETES
Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi, kata pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong.
Beliau berkata kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.


PENYAKIT DARAH TINGGI @ HIPERTENSI
Hipertensi juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi adalah penyakit pembunuh senyap yang kini menjadi isu perubatan dan kesihatan awam yang paling utama, bukan saja di dunia malah di Malaysia.


Sebanyak 80 peratus daripada seramai 3.1 juta rakyat Malaysia tidak sedar menghidap darah tinggi.
BAGAIMANA PULA STATISTIK BERKAITAN PESAKIT JANTUNG DI MALAYSIA

Penyakit jantung atau kardiovascular (CVD) menyerang rakyat Malaysia pada usia yang lebih mudah.
Merujuk kepada Laporan Kementerian Kesihatan 2017, rakyat Malaysia mendapat penyakit jantung pada usia 58 tahun.
PUNCA PENYAKIT JANTUNG IALAH KERANA SALURAN DARAH TERSUMBAT
CVD termasuk serangan jantung dan strok dengan kandungan KOLESTEROL yang tinggi di dalam darah


Jadi, adakah anda rasa kita perlu mengambil perhatian serious terhadap MASALAH KOLESTEROL?